SELAMAT DATANG...LAMAN RASMI SEKOLAH KEBANGSAAN KAHANG,KLUANG,JOHOR
:: MENU UTAMA
Halaman Utama Guru Besar Sejarah Sekolah Organisasi SekolahStaf Akademik Staf Sokongan
:: GALERI GAMBAR
Perpustakaan Makmal Komputer Bilik Akses Pra SekolahPendidikan Khas
:: PILIHAN
Album Sekolah Muat Turun
:: PENGUNJUNG ONLINE
:: KAUNTER PELAWAT
Hits Since Feb 18, 2009!

Free Hit Counter by Pliner.Net
:: HUBUNGI KAMI
Sekolah
Admin
:: BUKU PELAWAT
:: IKLAN LANGGANAN
 
 
 
 
 
 
 
 
 
SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN KAHANG
 
PINTU UTAMA SK KAHANG
 

Sekolah Kebangsaan Kahang, Kluang telah dibina pada tahun 1948. Ia merupakan sebuah sekolah Melayu yang terletak di perkampungan Melayu. Majoriti pelajarnya terdiri daripada pelajar Melayu dengan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantarnya.

Pada awalnya, sekolah ini merupakan sekolah satu sesi dan setiap kelas hanya ada satu aliran. Sekolah ini unik kerana mempunyai cawangan.

Sekolah ini terus menampung pelajar yang semakin meningkat dan mula dikongsi bersama dengan pelajar Cina, India dan anak-anak orang asli yang mendiami kawasan yang berhampiran.

Sekolah Kebangsaan Kahang menjadi induk kepada 3 buah sekolah cawangan iaitu:

SK Punan

Terletak di perkampungan orang asli Kampung Punan kira-kira 50 km dari jalan utama ( Jalan Kluang-Mersing )- Sekarang telah beroperasi sendiri.

SK Ladang Sg Semberong

Terletak 24 km dari jalan utama (Jalan Kluang-Mersing). Masyarakat kampungnya terdiri daripada pekerja dan pengurus ladang sekitarnya. Sekarang telah beroperasi sendiri dan di dikenali sebagai SK Ladang Mutiara.

SK Ladang Sg Kahang

Terletak di Kampung Contoh Bt 22 setelah dipindahkan dari lokasi asal di Ladang Sg Kahang. Kini telah ditutup dan semua muridnya telah dipindahkan ke SK Kahang.

Pembinaan blok bangunan tambahan :

1973- Sebuah blok 2 tingkat dengan sebuah pejabat pentadbiran, 6 buah bilik darjah, 2 buah tandas murid dan 2 buah tandas guru siap dibina.

1982- Sebuah blok 2 tingkat dengan 8 buah bilik darjah dan 3 buah tandas telah siap dibina dan mula beroperasi.

1999- Sebuah blok 4 tingkat siap dibina dan menempatkan perpustakaan, makmal sains, bilik muzik, bengkel kemahiran hidup, bilik audio dan bilik komputer

 
PANORAMA SEKOLAH KEBANGSAAN KAHANG
Dataran Berbumbung Tapak Perhimpunan Tapak Perhimpunan Taman Permainan Kantin Wakaf Kantin Blok B Blok C Blok C
Dataran Berbumbung Tapak Perhimpunan
 
KM45, Jln Mersing, 86700 Kahang, Kluang, Johor
No. Tel: 607-7882080  No. Fax: 607-7882080

PENAFIAN : PIHAK SEKOLAH KEBANGSAAN KAHANG tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau apa jua kerugian yang ditanggung oleh pengguna yang disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini dan ketika melayari laman web ini. Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa dan tarikh diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa
Hakcipta © 2009 SEKOLAH KEBANGSAAN KAHANG
Powered by : http://www.110mb.com
         
Powered by 110MB Hosting
[ Remove Footer ]